Kambing Perap 1KG PERCUMA untuk seekor kambing Shop Now!
Cart 0

Bismillahhirahmanirrahim...


Bersyukur di atas izinNya web ini dapat diadakan


Harapan besar dan keinginan ramai yang meminati perusahaan kambing bakal direalisasikan dengan lebih dekat dan tepat dengan rekod atas talian sebegini.


Bermula kisah perjalanan perusahaan kambing #rezekikambing adalah pada tahun 2014. Apabila mama saya (Almarhumah Hjh. Rohana Binti Man) dan Abah Penjaga saya Hj. Fauzi Bin Abdul Jalill telah berhasrat membeli sejumlah kambing lelong dari sebuah kandang di Bandar Baharu Kulim. Kambing ini diperkenalkan oleh sepupu saya iaitu Tn. Hj. Zulfadli Bin Ahmad di Kulim. Katanya kepada arwah mama, ada sekumpulan kambing 10ekor hendak di lelong di Kulim dengan jumlah RM3000.00


Kemudian mama menyatakan kepada saya dan saya pula memberitahu kepada suami. Akhirnya kami semua sepakat mahu mengambil kambing ini dan saya dan suami akan menjaga kambing ini


Begitulah permulaan kisahnya. Sehinggalah seterusnya saya pula membuka peluang kepada orang luar yang sekiranya sama-sama mahu memiliki kambing sendiri tetapi tidak mampu menjaga.


Didalam proses memulakan perusahaan kambing ini, yang telah menumpahkan keringat dan kudrat pembinaan kandang dan penjagaan kambing di awal permulaan 2014 sehingga 2018 adalah suami saya (En. Zaweed) dan 2 orang adik lelaki (En. Zamin dan En. Zakwan) yang berada di Kg. Burhan Alor Setar iaitu di lokasi kandang. Begitu juga tidak lupa kepada pemilik tanah kandang tersebut iaitu seorang lagi adik lelaki (En. Zaaim) yang bertugas dan menetap di Kuala Lumpur.


Merekalah yang telah berpenat lelah mengeluarkan kudrat dan keringat. Manakala saya pula berperanan untuk menjalankan pemantauan dan promosi.


Begitupun saya sendiri mengaku tidaklah begitu serius membuat pemantauan ataupun membuat rekod sistematik serta jualan yang membanggakan


Semuanya berjalan dalam keadaan suam-suam kuku sahaja sementalah saya juga adalah seorang penjawat awam yang bekerja pada waktu pejabat.


Jadi perusahaan ini tidaklah menampakkan keseriusan dalam mendapatkan keuntangan


Hanya sekadar dua tiga ekor sahaja dalam setahun berlaku sembelihan sebagai jualan


Ada juga kambing yang mati dan ada juga yang melahirkan


Segalanya berjalan tanpa ada perancangan yang rapi. Sehinggalah pada tahun ini 2020 saya sedang kembali untuk menjadikan perusahaan ini sebagai sesuatu yang lebih ke arah mencari keuntungan berbanding sebelum ini bagi saya hanyalah sekadar sebuah pengalaman bermakna tentang tatacara kehidupan kambing dan bagaimana proses membiak dan menjaga sehinggalah dapat dijual kepada pelanggan.


Dengan perancangan yang lebih rapi di harapkan usahasama kita semua ini akan membuahkan hasil seperti yang diimpikan setelah sekian lama.


Kini,


Matlamat saya yang pertama adalah kembali memperkenalkan jenama Awang Kambing Village iaitu sebagai sebuah pusat bagi perkhidmatan kambing akikah.


Dimana dengan memperkenalkan label ini dan supaya dapat meniti di bibir para pencari kambing terutama di Kedah supaya dapat menjadikan Awang Kambing Village sebagai pusat untuk mencari kambing akikah.


Inilah harapan terbesar masa ini. Moga-moga Allah permudahkan




Disamping matlamat memperkenalkan "Awang Kambing Village" sebagai pusat mencari kambing akikah


Saya juga ingin menarik minat para peminat #rezekikambing untuk membantu saya mengembangkan perusahaan ini dengan menjadi sebahagian daripada kami dengan memberikan sumbangan wang. Dimana sumbangan wang ini dapatlah menjadi suntikan modal yang berguna dalam perkembangan " Awang Kambing Village"


Anda tidak sahaja menyumbang anda juga akan ditawarkan insentif menarik seperti berikut :




1. SAHABAT PROMOSI (RM100.00/ SETAHUN)


- KAD AHLI PROJEK #REZEKIKAMBING


-WEB LINK PROMOSI


Butiran :


Dengan kad ini anda dikenali sebagai wakil jualan kami. Anda layak mendapat web link jualan dan setiap jualan yang anda berjaya lakukan akan diberikan upah sebagai sahabat promosi


Bonus Link - RM50.00


Bonus Jualan - 5% dari harga kambing




2. SAHABAT KANDANG (RM1500.00 2 TAHUN)


- KAD AHLI KAMBING #REZEKIKAMBING


- WEB LINK PROMOSI


- AKSES KANDANG


- 3 EKOR KAMBING PERCUMA SETIAP TAHUN


Butiran :


Dengan kad ini anda dikenali sebagai wakil jualan kami. Anda layak mendapat web link jualan dan setiap jualan yang anda berjaya lakukan akan diberikan upah sebagai sahabat promosi


Bonus Link - RM50.00


Bonus Jualan - 8% dari harga kambing


Akses ziarah kandang untuk memilih kambing percuma




3. SAHABAT PROJEK (RM5000.00 3 TAHUN)


- KAD AHLI KAMBING #REZEKIKAMBING


- WEB LINK PROMOSI


- AKSES KANDANG


- 5 EKOR KAMBING PERCUMA SETIAP TAHUN


Butiran :


Dengan kad ini anda dikenali sebagai wakil jualan kami. Anda layak mendapat web link jualan dan setiap jualan yang anda berjaya lakukan akan diberikan upah sebagai sahabat promosi


Bonus Link - RM50.00


Bonus Jualan - 8% dari harga kambing


Akses ziarah kandang untuk memilih kambing percuma


INSYALLAH